"RumahKu SyurgaKu"

"RumahKu SyurgaKu"

Nuffnang

Klip-klip

My Pren & Ahli KSF

Isnin, 17 Januari 2011

Minit Mesyuarat pada 12/6/10 bil.2/2010


MINIT MESYUARAT KELAB SAHARAN
BIL. 02/2010
Tarikh : 12 June 2010


Masa : 05.00 Ptg – 07.30 mlm


Tempat : Di rumah Kak Salasiah Sentul


HADIR


1. En Azman Saharan & Isteri Pengerusi
2. Pn Salasiah
3. En Azlan & Isteri
4. Pn Fatimah & Suami
5. En Azmi & Isteri


TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

1. Pn Zaleha Saharan
2. En Ismail Saharan & Isteri
3. Cik Mona & Suami
4. En Farid & Isteri
5. Mohd Rizal & Isteri
6. Mohd Nazib & Isteri
7. Pn Saridatul Nor & suami
8. Pn. Habibah & Suami
9. Pn Salmi & Suami
10. Pn Atun & Suami
11. En Anuar Sahadat & Isteri
12. Pn Asmah
13. Pn. Rahimah
14. En Idrus & Isteri


I. UCAPAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua keluarga kerana sudi hadir ke mesyuarat kedua pada tahun ini.


II. AGENDA:


PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU :


Disahkan oleh Pngerusi dan En Azlan Saharan


III. PERKARA BERBANGKIT:


- Pada tahun 2011 yuran keahlian ialah RM20.00 (semua ahli bersetuju)


1. PERBINCANGAN KEMASUKAN AHLI BARU

a. Pn Sanisah dan keluarga diterima sebulat suara dari ahli Kelab menganggotai Kelab Saharan
b. Pn Atun & suami menjadi ahli Kelab Saharan pada 30.05.10 (anak kepada En. Ismail Saharan)
c. Pn Yong & suami anak kepada ahli Kelab iaitu Pn Fatimah
(dicadangkan oleh Pn Dila menganggotai Kelab Saharan) semua ahli bersetuju.


2. BAJU KELAB SAHARAN


a. Sample- sample baju dibawa oleh En. Mohammad Nor dan Pn. Norhasnita
- Cadangan dari Pengerusi baju Kelab bewarna kuning dan semua ahli Kelab bersetuju sebulat suara baju Kelab berwarna kuning & hitam+kolar (anggaran dalam harga RM25-RM30 sehelai) di uruskan oleh (En. Mohammad Nor)


b. Baju t’shirt dan topi Kelab dijual kepada ahli Kelab (untuk tabung Kelab) (tunggu pengesahan dari ahli kelab)


3. MEMBINCANGKAN AKTIVITI FAMILY DAY 2011


a. Minit mesyuarat yang lalu membincangkan Family day diadakan pada 01 Mei 2011 (bersamaan Hari Buruh tetapi ditukarkan pada tarikh yang lain kerana tarikh itu jatuh pada hari Jumaat)


- Cadangan dari En Azmi Family Day Kelab Saharan diadakan pada 02 Mei 2011 iaitu pada hari Sabtu. (semua ahli bersetuju)
- En Azmi juga mencadangkan semua ahli Kelab diwajibkan balik ke kampung sehari awal dari tarikh Family Day. (semua ahli bersetuju)


b. Aktiviti dan acara-acara pada 02 Mei 2011 yang telah dibincangkan bersama ialah:


Acara wajib pada malam iaitu 01 Mei 2011(Jumaat malam Sabtu)
* Pertandingan perseorangan UNO (lelaki/perempuan/kanak-kanak)


Acara dewasa


1. Tarik tali (kumpulan campur)
2. Belon celah kelangkang (kumpulan campur)
3. Ikat kaki (pasangan)
4. Lari dalam guni (pasangan)
5. Cari barang tersembunyi (perseorangan)
6. Cari gula-gula dalam tepung (pasangan)


Acara kanak-kanak


1. Cari gula-gula dalam tepung (kumpulan)
2. Isi air dalam botol (kumpulan)
3. Kerusi muzik (perseorangan)
4. Bawa bola pinpong dalam sudu (kumpulan)
5. Tiup belon sampai pecah (perseorangan)
6. Makan epal (perseorangan)


Acara malam kemuncak


Pertandingan Karaoke berpasangan
(Pengadil 2 0rang ) Orang luar diperlukan (set karaoke Pengerusi uruskan)


# Semua penyediaan barang-barang aktiviti Family Day di urukan oleh En Azlan. (sukarela)


# Penyediaan pembungkusan hamper dan lain-lain diuruskan secara bergotong-royong ahli Kelab.


# Penyediaan makanan secara bergotong royong ahli Kelab.


4. HAL-HAL LAIN
Cadangan tambahan:
- En Mohd Nor mencadangkan sumbangan dari ahli-ahli Kelab berupa wang/hamper dari ahli Kelab untuk Family Day. (tunggu pengesahan dari ahli kelab)


- En Mohd Nor juga berjanji akan memberi sumbangan berupa wang RM1000/RM500 bagi menampung makanan untuk Family Day serta mencari tajaan dari KFC (berupa baucer) dan tajaan dari lain-lain.(semua ahli kelab bersetuju)


- Pengerusi mencadangkan duit yuran Kelab pada bulan Mac hingga Mei 2011ditambah sebanyak RM30.00 bagi menampung kos Family Day. Yuran kini berjumlah RM50.00.(tunggu pengesahan dari ahli kelab)
- En Azlan mencadangkan memberi hadiah bagi bayi yang baru dilahirkan .(tunggu pengesahan dari ahli kelab)
- Pn Zura mencadangkan membuat banner Family Day .(semua ahli kelab bersetuju)


- Pn. Norhasnita mencadangkan menyewa khemah/payung/konopi untuk Family Day. .(tunggu pengesahan dari ahli kelab)


- En Azlan mencadangkan meletakkan gambar ayah di baju Kelab.


Cadangan tersebut dibantah oleh Pengerusi dan En Azmi dengan alasan tidak berapa elok gambar tersebut diletakkan dibaju kerana baju tersebut akan dibasuh dan sebagainya. (semua ahli kelab bersetuju)


- Pn. Norhasnita mencadangkan Kelab Saharan memberi duit raya kepada anak-anak ahli Kelab Saharan RM5/RM10 setiap seorang. .(tunggu pengesahan dari ahli kelab)


- Pn Norhasnita selaku Setiausaha telah mengedarkan kemaskini nama ahli KELAB SAHARAN yang hadir dan juga yang tidak hadir diserahkan kepada Pn Salasiah/En Azman.


- Pn. Norhasnita mencadangkan makanan tengahari pada Family Day ialah nasi ayam special. .(tunggu pengesahan dari ahli kelab)



5. LAPORAN KEWANGAN
]
NAMA AHLI
JUMLAH YURAN KEAHLIAN RM
CATATAN




1.
PN. SALASIAH
RM20.00
BLN MAC & APRIL




2
EN ISMAIL
RM100.00
BLN MAC HINGGA DIS




3.
PN. SALASIAH
RM20
BLN MAC & APRIL




4.
PN. ZALEHA
TIADA
-




5.
EN IDRUS
RM30.00
BLN MAC HINGGA MEI




6.
PN FATIMAH
RM30.00
BLN MAC HINGGA MEI




7.
PN ASMAH
TIADA
-




8.
EN ANUAR
RM50.00
BLN MAC HINGGA JULAI




9.
EN AZMI
RM30.00
BLN MAC HINGGA MEI




10.
EN AZLAN
RM40.00
BLN MAC HINGGA JUNE




11
PN. HABIBAH
RM30.00
BLN MAC HINGGA MEI




12.
PN. MONA
RM30.00
BLN MAC HINGGA MEI




13.
EN FARID
TIADA
-




14.
PN SALMI
RM40.00
BLN MAC HINGGA JUNE




15.
PN. SARIDATOL
RM20.00
BLN MAC & APRIL




16.
PN. ATON
TIADA
AHLI BARU 30/5/10




17.
EN. RIZAL
TIADA





18.
EN. NAZIB
TIADA



Jumlah kesemua yuran keahlian ialah RM440.00

1. Pada 30.05.10 duit kelab telah dikeluarkan sebanyak RM188.00 diserahkan kepada En Anuar bagi membayar duit hasil tanah.


2. RM10.00 duit Kelab digunakan oleh Pn. Norhasnita selaku Setiausaha dan Bendahari Kelab Saharan bagi menelefon dan sms kepada semua ahli kelab berkenaan dengan segala aktiviti KELAB SAHARAN. Dengan keizinan Pengerusi dan ahli kelab.


3. Baki terkini duit yuran Kelab Saharan yang terkumpul ialah sebanyak RM248.00 sehingga 14/06/2010.


IV. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 07.30 malam. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat.


Disediakan oleh : Disahkan oleh:
(Norhasnita Hussin) (En Azman Saharan)
Setiausaha Kelab Saharan Presiden Kelab Saharan



s.k
Semua ahli Kelab Saharan
Fail Kelab Saharan
Pengerusi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang Ke Blog Kelab Saharan's Family

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Selaku pengasas blog ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengungjungi blog ini. Blog ini sedang dikemas kini agar ia lebih padat lagi.Sebarang komen dan cadangan atau apa2 sahaja akan saya terima dan akan menambah baikkan blog saya ini dari masa ke semasa. Sila beri tunjuk ajar...

Pembuka Bicara

Bilangan pelawat halaman KSF?

Bilangan Pengunjung Kelab Saharan

Wajib Klik plsss

Penubuhan Kelab Saharan's Family

Foto saya
07 Februari 2008 Kelab Saharan telah di ilhamkan dan telah direalisasikan oleh En Azman & En Azmi dan sebulat suara anak-anak SAHARAN menyetujuinya. Termasuk menantu, cucu, cicit dan sahabat handai yang rapat dengan family SAHARAN.Blog KELAB SAHARAN'S FAMILY telah diilhamkan oleh Mak Tam (Pn. Norhasnita)dan secara rasminya diblogkan pada 09 June 2010. Editor keseluruhan 110% oleh Puan Norhasnita isteri kepada En Azmi sendiri.Kelab ini juga ditubuhkan bagi memperingati terutama ARWAH AYAH SAHARAN & MAK RODIAH dan lain-lain yang bersangkut paut dgn SAHARAN. Kelab Saharan bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim antara adik beradik, menantu,cucu cicit dan sanak saudara. Tolong menolong bantu membantu jika ada masalah dan dalam kesusahan. Susah, senang kita bersama. Semoga Allah memberkati apa jua yang kita semua lakukan aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Day KSF

Daisypath Vacation tickers

My Slideshow

Balik Kampung Bergotong-royong Kelab Saharan's Family Slideshow: Sis’s trip from Kuala Kangsar, Perak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Perak slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.