"RumahKu SyurgaKu"

"RumahKu SyurgaKu"

Nuffnang

Klip-klip

My Pren & Ahli KSF

Sabtu, 26 Februari 2011

Hari Lahir Mak Rahmah 25/2/11

Mak scaf itam yg cantik lagi bergaya tu..dan sebelhnya adalah kakak kesyg kami semua Kak Peah Kelabu
Sis

EPI BEZDAY MAK.....

" SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN RESEKI AMINNN"

DARIPADA KELAB SAHARAN'S FAMILY

KAMI SEMUA SAYANG BANGAT DGN MAK..MAK TAHU KAN???
MUAHHHHHHHH25X.....

Nukilan Bicara Sis (new)



Sis

26.02.2011
Assalammualaikum..

24.02.11 org gomen dapat gaji termskle Sis sendiri, hehehehe senyum sampai ke telinga. Tapi mcm biasalah dpt je gaji hbs byo apa yang patut tup2 tinggal je RM5 dlm bank. Apa yang penting semua hutang dan keperluan dapur/rumah dah beres...alhamdulilah...Syukur alhamdulilah mujur Sis ada bisnes kecil2lan...jual perfume dptlah menolong suami dan sara hidup sampai cukup bulan. Thanks Dila for your help perkenalkan Sis dgn bisnes tu. Bersyukur sgt2. hampir 2 tahun Sis menjadi stokis online alhamdulilah setakat ni ramailah pelanggan dari seluruh Malaysia. Semoga Sis selalu merendah diri dan tahu dimana bumi Sis berpijak. Aminnnn...

Kesah satu

Ha....saje je nak citer semoga ia jadi pengajaran buat diri Sis. Jangan buat apa2 anggapan plk ini adalah hanya luahan perasaan Sis. Rupanya selama ini apa yang Sis takutkan dan cuba Sis jauhkan telah Sis lakukan tanpa Sis sedar. Memg Sis bertekad dalam hati memohon pada Allah agar Sis dijauhkan dari segala kejahatan terutama sekali mengeluarkan kata2 tak elok tentang org. Terutama sekali yang rapat dgn kiter. Allah maha besar Sis telah diujikan dengan ketidak sedaran Sis, rupanya Sis telah mengguris hati dan perasaan seseorg dgn kata2 Sis. Org yang paling Sis hormat dan yang paling sayang. Sis tak sedar dan tak der niat langsung rupa2nya Sis telah menyakiti hatinya. Ya Allah ko telah memberi ujian yang begitu dasyat buat diriku. Aku tahu aku layak menerimanya dan aku tahu ko tahu aku mampu menempuhinya. 3 minggu Sis memikirkannya mencari kekuatan untuk memohon maaf kepadanya akhirnya Allah mebuka jalan pada Sis iaitu melalui telefon Sis memohon maaf di atas ketelanjuran kata2 Sis. Sis mengaku tanpa sedar Sis mengatanya. Sis memohon kemaafan dari ujung rambut hingga ujung kuku darinya moga2 dia dapat memaafkan Sis. Sis merayu, Sis takut kehilangannya. Keakrabpan kami dan segalanya hanya kerana kata2 Sis. Sis berjanji insyaallah Sis tak akan mengulanginya lagi terhadap dirinya atau pun kepada sesiapa sahaja. Ya Allah makbulkanlah doaku Ya Allah. Allahhuakbar aku bersujud padamu dan aku kalah betapa senang aku kalah dgn pujuk rayu syaitan betapa aku berdoa utk menjauhkan diri dari kata2 fitnah, kata2 umpatan akhirnya aku kecundang jua.Ampunkan dosa2ku Ya Allah.....Sis menangis tak tido mlm klu tk caya tnya hubby Sis idup mcm  tak keruan buat itu tak kena buat ini tak kena asyik teringatkan kesalahan Sis. Kesian kat  dia tu mesti dia  terguris terkejut kerana rupa2nya Sis jahat. Setelah Sis telefon dia, Alhamdulilah akhirnya Sis berasa lega kerana Sis telah memohon maaf kepadanya dan semoga dia memaafkan Sis. Aminnn...Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran yang buat diri Sis yang tak punya adik beradik. Hargailah org disekeliling kita. Berani mengaku kesalahan dan jadikan ini sebagai iktibar. Dan sekiranya jika Sis ada menyakiti ati sesiapa saja Sis mohon kemaafan, Sis manusia biasa tidak lari dari kesilapan dan kesalahan. Maafkan Sissssss....

Kaseh dua

25.02,2011 adalah HARI LAHIR MAK RAHMAH Sis ada wish kat mak melalui tipon pada jam 11 malam mungkin time tu mak dah masuk tido sory mak ganggu jer..Presiden KSF pun ada wish kat mak. 
" SELAMAT HARI LAHIR MAK, SMOGA MAK PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI AMINNN"
dari Sis, Ami, Marul, Balqis, Waheeda dan Bby Khaliss...love u mak..
Dan pd ari yg sama jugak ayah saudara Sis "ayah Mat" punya besday jugak. Sis dan family dijemput kerumahnya ada majlis ari jadi...love u ayahhh...semoga panjang umur ya..

kaseh tiga

28.02.2011

Semlm adalah date last utk byr saman PDRM. Paktam dapat saman terbaru keta lama dier. Car dealer keta exora tak potong nama lagi cian dier beratur punya lama tup2 masa nak byr saman keta exora (parking) RM60 jer kuar plk saman keta lama RM300.Paktam g Balai Polis Putrajaya. Hangin satu badan Paktam duit bawak cukup2 je tak bwk lebih. Dah le pulk nak renew insuran dan rodtax keta exora mati 04.03.2011 tak ke hangin satu badan tmbhan plk Paktam bru je blk keje mlm lagi le kwn tu beradap hangat pijor kwn. Sis dah srh Paktam byo awal2 tpi dia terlupa ha tu le pasai cian dier. Nak dijadikan citer Paktam call Sis bgtau pasai saman tu apa lgi Sis tipon car dealer tu bgtau saman dier mujurle dia byo...tapi kesian kat Paktam mengantuk giler dia. Sebelum kitaorg g ambik duit saman tu kat car dealer Paktam membebel dlm keta. Sis kata kat dier byk2 bersabo dugaan Allah tu. Lps dpt duit tu terus g pjbt Pos Bangi la lagi le bengang semua sistem online PDRM down...YA ALLAH DASYAT BETUI DUGAANMU. Last pikir g Balai Polis Bangi plk tpi nasib malang pun sama pun sistem online down jugak. Mengucap panjang kitaorg....jam dah menunjukkan pkl 2.00 ptg anak pasti dah blk dari sekolah sian dorg makanan tak masak. So kitaorg pikir blk dulu beli mknan pas2 g blk ke PDRM Putrajaya utk byo saman. Paktam je pegi menaiki moto tapi masyaALlah ujian dtg lagi slip nom giliran plk tetinggal dlm keta haaaa mcm2...Sis kena g hntr akhirnya Alhamdulilah semuanya settle..saman dh dibyo...lega Paktam pun dah leh senyum2 kambing....tu le alkisahnyer..




Khamis, 24 Februari 2011

Design Baju KSF (new)


 
Sis -  25.02.2011

Assalammualaikum..

Semoga korang semua suka dgn design yang Sis buatkan ni. Teruja dan tersgt tak sabar2 nak menyarungkan baju tu kat badan...mintak2 muat al maklumlah Sis ni kan comel. Perasan.....hehehehe..Dan berharap sgt2 korang dapat menjelaskan harga baju tersebut seawal yang mungkin, sehelai anggaran dalam RM30 jer...deposit tempahan RM1K...Sis tempah dalam 85 helai. Ada lebih supaya senang jika ada ahli keluarga lain ingin mendaftar jadi ahli KSF harap2. So tengoklah design baju kelab ni ek..



Camner orait tak?..









Ahad, 20 Februari 2011

Jalan2 bersama Maksu & Paksu

Mak Su & Pak Su

Pada 19.02.2011 adik ipo Sis datang umah. Hari tu plk Sis dari pagi hingga jam 2.30 ptg mengemas dapo dah sebulan tak mengemas buang apa yang patut. Time tgh rajin tu...betuiii...hubby Sis keje anak2 maklum jelah ada je alasan nak buat keje sekolah lah, ada game kat sekolah lah mcm2 alasan. So Sis buat sendiri tak yah sapa tolong hanya Sis dgn baby Khalissya je menolong,tolong aper? tolong tengok jer...ceria2kan keadaaan kan Khalissya.. Cer citer2x...

So dipendekkan citer jam 5ptg Maksu dan Paksu pun samapai sonoknya anak2 Sis dgn kedatangan Maksu dorg terutama si baby Khalissya. Tak duduk diam langsung. Rumah semasa dorg sampai berselerak anak2 Sis bru je minum ptg. Paham2 jelah. Dapur mujur dah 90 % bersih. Tak sempat nak masak utk dorg, Sis hanya order dominos pizza je tak larat dah nak masak. Dorg kata orait je so legalah Sis. Keseronokakn anak2 Sis bertambah apabila Maksu dan Paksu bgtau dorg bermalam di rumah Sis, yalah semenjak dorg kawin mana pernah dorg bermalam di rumah Sis. Sis pun sonok rasa nak mengalir airmata keseronokkan. Hubby Sis pun suka dorg bermalam di rumah kitaorg. Pecah rekod tuuuuuuuuuu...

Malam tu hubby Sis masak kari ayam, sambal ayam dan ikan goreng. Makan lewat malam bcoz Paksu dan Maksu tgk Lop g main badminthon, Paksu pun main sekali lepas kempunan kat dewan bawah. Pastu anak2 Sis bwk dorg jalan2 kat taman dan area umah Sis. Sonok betui dorg. Balik dri jln2 Paksu layan bola plk tambahan plk malam tu ada perlawanan bolasepak Chelsea, malang Chelsea kalah frussttttt giler hubby Sis dan Paksu.

For sleep time lagi best anak2 Sis termasuk baby Khalissya tak mo tido dgn Sis kat dlm bilik cm biasa dia nak tido kat Maksu dan Paksu dier...amboiiiiiii....best tgk gelagat dorg semua...apa lagi berderet je dorg tido kat depan tv...tak tahu dorg semua tido jam baper bcoz penat sgt Sis dan hubby tido dulu..

Agenda 20.02.2011 plk hubby kata nak bawak dorg g ronder2 Putrajaya mujur hubby Sis keje shif mlm pada hari tu dptle dia bawak adiknyer dan adik iponya jln2. Apa lagi sonok le anak2 Sis dpt tumpang sekaki. Jam 11.30 pg first kitaorg g Alamanda plan nak main bowling tapi semua penuh ramai sgt2 org. Ya lah ari Ahad pasti ramai org. So bwklah dorg g tgk movie "sini ada hantu" cerita dlm cerita ok le jugak layan jer...pastu g makan KFC, jalan2 kat Alamanda "window shopping jer" almaklum pertengahan bulan belum dpt gaji lagi klu msk kedai parahhhhhh rabak hahahahaha...phm2 jelah anak ramai tuuuu..last sekali hubby Sis bawak Maksu dan Paksu g ronder2 Putrajaya macam pemandu pelancong sampailah ke PICC dan bersantai di tepi tasik bersebelahan dgn PALLMAN cantik betui tempat tu... tu lah alkisahnyer jalan2 bersama adik Ipo Sis...semoga dorg suka apa2 kekurangan mintak dimaafkan..





merpati 2 sejoli

Info Santapan Umum (new)

 Nak kongsi sedikit info kesihatan. Mungkin ia dpt membantu kaum2 wanita..Takut jugak apabila membaca artikel ni. Masalah kesihatan yang paling digeruni oleh semua wanita di atas muka bumi ini. Baca tau..

Berita Harian Online | 'Tuala wanita punca barah pangkal rahim'

Jumaat, 18 Februari 2011

Meeting Urgent Family Day (NEW)

Assalammualaikum

Pada  17.02.11  dan juga ari  24.02.11 Presiden call Sis, menanyakan perihal Family Day KSF bila nak dilangsungkan?, tentang baju KELAB, dan urgent meeting akan di jadualkan awal  bulan Mac ini. Perancangan hal Family Day.

Sis jawab : Tarikh Family Day akan kiter bincang masa urgent meeting nnti, bab baju KELAB telah diuruskan hanya tunggu ahli2 byo duit baju je utk bayo pendahuluan tempahan baju tersebut. So Presiden dah decide tarikh dibawah meeting urgent itu akan diadakan..so mengkeme kena dtg ok..

Meeting urgent bertarikh :
                                         Tarikh  :05.03.2011 (Sabtu) 
                                        Masa     : 02.00 ptg (ditukar masa pada 08.00 malam)
                                      Tempat   : Rumah Paktam & Maktam di Putrajaya
                                      Makanan : Potluck (sumbangan ikhlas makanan masing2)

Harapan agar semua ahli dapat hadir dan dapat bgi komitment. Yang berada jauh luar kawasan dimaafkan...orait le tu kan..so maaflah le bab makanan tu itu semua arahan Presiden kita semua bawak makanan masing utk dikongsikan bersama2 agar keakrabpan kita bertambah dan juga kasih sayang kiter. Mula2 nak guna duit KSF tapi tak yah le kita usik duit KSF rasa2 biole kita guna time Family Day nanti ya tak gitu?...jgn mare...
Sis insyaallah akan tunjukan contoh baju KELAB jika sudah siap...insyaallah
Meeting tersebut membincangkan perancangan awal perihal FAMILY DAY dan tugas-tugas yang akan diberikan termasuk aturcara, permainan, hadiah dan persiapan. Terutama sekali bajet Family Day Tersebut. Mohon ahli yang dekat dapat hadir ini bagi melancarkan program KSF...hahaha mcm YB plk rasanya bila meluahkan butir2 kata2..klu silap maaf yek!! apa2 pun yang terdekat WAJIB HADIR.Apa2 pun yang terbaik wokkkk..

(Harap maklum masa telah ditukar)

Selasa, 15 Februari 2011

Penting!!!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Pengumuman Penting!!!

Kepada semua ahli KSF, Sis telah mendapatkan harga baju Kelab yang mampu dimiliki dan mampu dibayar oleh semua. Sehelai berharga anggaran dalam RM30. Jika harga kurang dari harga tersebut Bendahari KSF akan memulangkan kembali wang tersebut. Dimohon semua ahli membuat pembayaran secepat mungkin bagi menampung wang pendahuluan sebyk RM1000. Selewat2nya awal bulan MAC 2011.Jika ada sebarang kesulitan atau sebarang pertanyaan sila call Setiausaha KSF ditalian 019-3695579 segera.

Sekian terima kasih

Setiausaha KSF

"Selamat Menyambut Maulidur Rasul"

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kepada semua ahli KSF, Kelab Saharan's Family mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul pada 15.02.2011 pada hari Selasa lepas.
Sempena hari kelahiran Nabi kita Muhammad Sallaallahalaihiwassalam marilah kita bersama2 memperingati perjuangan Beliau. "Allah Huakkbar 3x"

KSF

Khamis, 10 Februari 2011

Penting Wajib Baca!!!

Assalammualaikum/salam sejahtera..
Bismillahhirahmanirahhimmmm..

Kepada semua ahli KSF yang berdaftar sila baca dan semak minit mensyuarat bil 01/2011 (Dwitahunan Kelab Saharan's Family) dengan segera!!!
Sebagai Setiausaha KSF menjadi kewajipan dan tanggungjawab saya untuk mendapatkan feedback berkenaan tarikh (FAMILY DAY KSF) secepat mungkin jika mahu diadakan. Proses dan kerja2 Family Day tersebut mengambil masa yang lama  untuk  dilangsungkan, dan makan masa dan tenaga untuk menganjurkannyer. Saya mohon kerjasama dari ahli-ahli KSF sendiri untuk memberi feedback bilakah tarikh FAMILY DAY KSF itu akan diadakan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak kita ingini pada masa akan datang. Saya harap sangat2 sila beri kata putus dan sila pilih tarikh yang telah diberikan secepat mungkin. Dan sebarang cadangan dan komen sila tulis di bahagian bawah post....plssssssssss

Presidan KSF & Setiausaha

Selasa, 8 Februari 2011

Pic semasa mesyuarat KSF pada 03.02.2011

Di antara Gambar2 candid jurupoto Pak Teh....

Hasil tangan Setiausaha KSF ok tak?...

Ni suami Setiausa yg byk membantu ....

Ahli2 KSF mengambil tempat duduk masing2...

Bersalam2man...

Best tak?...ada cadangan...???

La tgkp pic bontot le plk...ishhhhhhhhh...malunyer..


Buah tangan dari Kelab Saharan's Family untuk2 ahli2 yang aktif pada thn 2010
Bertempat di bawah rumah Kampung Senawar pada lewat malam 11.30mlm selepas selesai kenduri tahlil. Dipengerusikan oleh Pak Teh, Paktam dan Maktam. Ramai ahli KSF dan AJK KSF hadir pada mlm tu. Sorang ahli baru telah mendaftarkan diri dgn KSF. Riuh rendah suasana malam tu, gelak ketawa anak2 dan gurau senda drpd ahli2 KSF. Terutama Si Presiden KSF dgn mulut laser dier. Laser2 pun org boleh ketawa gembira...hehehehe...bestlah...diantara pic2 semasa meeting tu.jurukamera tak sempat nak take pic sbb bz bebeno dia jadi presiden dia jugak jurupoto...

Isnin, 7 Februari 2011

Pic2 bergotong-royong memasak 03.02.11

Mak Dak sdg tersenyum kambing hehehehe.....
                                     
Mak dan Pak Dak

Apa yang penting??? kerjasamaaaaaaaaa.....

Wah angah pun tolong jugak...

Pasti sonok jika Arwah Pak Saharan ada...


Kak Nor & Makwe

Pah We yg sporting hbssss..


Adik Farid cayalah leh masak senang Lia..


Presiden KSF dan Istri serta bby gilr PUTERI




Pak Tam tgh pikir apa tu??...jgn fikir ke lain je daah....nahassss

Pak Uda menjadi  Top Chef



Makanan kegemaran Arwah Ayah Saharan "masak memba"


Penolong Top Chef....





Apa plk dibincangkan kaum ibu ni...


Selamat Datang Ke Blog Kelab Saharan's Family

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Selaku pengasas blog ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengungjungi blog ini. Blog ini sedang dikemas kini agar ia lebih padat lagi.Sebarang komen dan cadangan atau apa2 sahaja akan saya terima dan akan menambah baikkan blog saya ini dari masa ke semasa. Sila beri tunjuk ajar...

Pembuka Bicara

Bilangan pelawat halaman KSF?

Bilangan Pengunjung Kelab Saharan

Wajib Klik plsss

Penubuhan Kelab Saharan's Family

Foto saya
07 Februari 2008 Kelab Saharan telah di ilhamkan dan telah direalisasikan oleh En Azman & En Azmi dan sebulat suara anak-anak SAHARAN menyetujuinya. Termasuk menantu, cucu, cicit dan sahabat handai yang rapat dengan family SAHARAN.Blog KELAB SAHARAN'S FAMILY telah diilhamkan oleh Mak Tam (Pn. Norhasnita)dan secara rasminya diblogkan pada 09 June 2010. Editor keseluruhan 110% oleh Puan Norhasnita isteri kepada En Azmi sendiri.Kelab ini juga ditubuhkan bagi memperingati terutama ARWAH AYAH SAHARAN & MAK RODIAH dan lain-lain yang bersangkut paut dgn SAHARAN. Kelab Saharan bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim antara adik beradik, menantu,cucu cicit dan sanak saudara. Tolong menolong bantu membantu jika ada masalah dan dalam kesusahan. Susah, senang kita bersama. Semoga Allah memberkati apa jua yang kita semua lakukan aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Day KSF

Daisypath Vacation tickers

My Slideshow

Balik Kampung Bergotong-royong Kelab Saharan's Family Slideshow: Sis’s trip from Kuala Kangsar, Perak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Perak slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.