"RumahKu SyurgaKu"

"RumahKu SyurgaKu"

Nuffnang

Klip-klip

My Pren & Ahli KSF

Isnin, 28 November 2011

Draf Mini Meeting KSF 19/11/11



Mini Mesyuarat KSF

Tarikh             : 19 November 2011
Masa              : 04.00 petang
Bertempat      : Rumah Kak Salasiah Sentul
Makanan        : Potluck

Kehadiran Ahli KSF

1.      Azman
2.      Azmi
3.      Azlan
4.      Abang cik
5.      Saidy
6.      Salasiah
7.      Fatimah
8.      Habibah
9.      Hasnita
10.  Raizura
11.  Zura


Perkara Dibincangkan:

1.      Berbincang mengenai masalah rumah dikampung

-          Masalah dengan bilik air rumah dikampung dah hampir roboh wajib dibaiki dengan kadar segera.
-          Tandas mengcangkung wajib ditukar dengan tandas duduk memandangkan anak-anak Ayah Saharan cute-cute belaka
-          Bawah rumah wajib disimen memandangkan Family Saharan selalu membuat aktiviti kenduri dan bagi menampung kehadiran sanak saudara yang datang balik kekampung bercuti
-          Sebutharga kesemua diatas sedang dikira dan kesemua anggaran dalam RM5500
-          Encik Anaz diberi tugasan untuk mencari kontraktornya

2.      Perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh KSF

-          Presiden mencadangkan menggunakan kesemua duti Tabung KSF untuk memperbaiki baik pulih rumah dikampung. Sekiranya duit Tabung KSF tidak mencukupi Presiden memohon jasa baik kesemua ahli dan bukan ahli memberi derma ikhlas sebanyak RM100 bagi menampung baik pulih tersebut. Jikalau mencukupi tidak perlu.
-          Mohon kerjasama dari semua pihak harap yuran KSF dibayar dengan kadar segera sebelum akhir bulan Disember 2011 ini. Dan kesemua tunggakkan harap dijelaskan.



3.      Siapa yang mengelolakannya

-          En Anaz dan sesiapa dapat membantu beliau

4.      Menangguhkan Family Day KSF pada tarikh yang lain

-          Diharapakan  kesemua ahli KSF dan Geng Saharan dapat memaafkan KSF kerana sudah beberapa kali membuat penangguhan Family Day. Ini ada hikmahnya insyaallah Family Day Saharans akan dilangsungkan dengan meriah dan tarikh yang terbaru akan diberitahu kelak. Harap maklum apa-apa pertanyaan sila bertanyakan kepada Presiden KSF

5.      Pemberitahuan kepada ahli-ahli KSF yang lain

-          Tugasan tersebut dipertanggungjawabkan kepada Presiden & Setiausaha KSF

6.      Yuran tertunggak bagi tahun 2010
7.      Yuran tertunggak bagi tahun 2011

-          Scroll kebawah semua nama ada dibawah

8.      Pengistiharan ahli KSF baru (Pn. Atun)

9.      Baju KSF yang telah dijual 3 helai

10.  Blog  KSF jika ada tambahan kemaskini sila daftar menjadi ahli blog dan silalah bagi komen jika ada penambahan maklumat sila bagitau (SIS)MakTam

11.  Pemberitahuan Pn. Zaleha dan keluarga menarik diri dari KSF

-          Walaupun telah menarik diri dari KSF harap beliau dan keluarga dapat mengikuti aktiviti-aktiviti KSF jika ada sebagai Geng Saharan
-          Dan diharapkan beliau dan keluarga dapat menjelaskan duit baju KSF dengan kadar segera seperti yang telah dijanjikan

12.  Penyata kira-kira KSF disemak dan disahkan

-          Presiden & Puan Fatimah


Cadangan dari ahli KSF pada 19/11/11


1.      Puan Habibah mencadangkan Presiden wajib call Pn Zaleha dan Family berkenaan dengan duit baju KSF dengan segera bagi menampung hutang Tabung KSF masih ada tertunggak. Disokong oleh Abang Cik.

2.      Pn Fatimah memperingatkan Kenduri Tahlil Ayah Saharan dan Mak pada Tahun Baru Cina 2012 pada 22/01/2011 wajib semua ahli dan Geng Saharan balik kekampung bergotong royong memasak. Kalau boleh balik awal.

3.      Puan Hasnita mencadangkan duit yuran KSF RM20 sebln dipotong RM2 sebulan dimasukkan kedalam Tabung Simpanan KSF bagi dijadikan simpanan semasa susah buat ahli KSF sahaja. Kertas kerja sedang Pn. Hasnita sediakan agar kesemua ahli faham dan sokong. Kesemua yang hadir dalam meeting sokong dengan cadangan tersebut.

4.      Presiden dan Abang Cik mencadangkan agar setiap kali meeting atau perjumpaan ahli KSF tau Geng Saharan disediakan Tabung Derma Ikhlas buat KSF. Cadangan disokong oleh Pn Salasiah dan Habibah.
 
5.      En. Azlan mencadang pada setiap tahun atau masa kelapangan diadakan pertemuan atau percutian antara ahli KSF & Geng Saharan seperti contoh yang telah dianjurkan oleh Pn. Habibah baru-baru ni iaitu bercuti ke Kuala Linggi Melaka selama 2H1M. Dan mencadangkan penganjuran ditukar-tukar contoh untuk tahun hadapan En Azlan percutian diadakan ditempat yang sama di Kuala Linggi juga semua akan dirancangkan oleh beliau dan dibantu seterusnya…Disokong oleh semua, dan dimana percutian seterusnya dalam perbincangan. Cadangan En Saidy ke Terengganu dan Kelantan bagi 2012

6.      06.20 petang Abang Cik mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh Pn Salasiah.


Sebarang cadangan dan komen sila hantar kepada Presiden atau Setiausaha KSF











                                                                                                            Setiausaha KSF  Nov 2011(sis)
Cacatan:

Tunggakkan Yuran KSF 2010

Nama                                                             Jumlah

1.     En. Idrus                                           RM70
2.     Pn. Mona                                         RM25
RM95

Tunggakkan Yuran KSF 2011

Nama                  Bulan                                     Jumlah

1.     Pn. Salasiah        Jan-Nov                                RM220
2.     En. Ismail           April-Nov                              RM145  (RM5)
3.     En. Idrus            Jan-Nov                                RM220
4.     Pn. Asmah         Jun-Nov                                RM120
5.     En. Anuar          Ogos-Nov                              RM80
6.     En. Azmi            Nov                                        RM20
7.     En. Azman         Ogos-Nov                              RM70    (RM10)
8.     En. Azlan           April-Nov                             RM160
9.     Pn. Habibah      Okt-Nov                               RM40
10.   Pn. Mona          Jan-Nov                                RM220
11.   En. Farid            Feb-Nov                              RM200
12.   Pn. Sari              Mei-Nov                              RM140
13.   Pn. Salmi          April-Nov                              RM150  (RM10)
14.   Pn. Atun             Jan-Nov                               RM220
R                                                                           RM2005

3 helai baju KSF telah dijual tetapi belum dibayar baki baju KSF 6 helai

1.     Azman RM25 (April)
2.     Azmi  RM50   (Okt)          

Duit Yuran KSF yang telah digunakan sehingga Nov 2011 ialah : RM856
(termsk duit baju KSF yang dijadikan modal 9helaixRM25 )= RM225

Selamat Datang Ke Blog Kelab Saharan's Family

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Selaku pengasas blog ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengungjungi blog ini. Blog ini sedang dikemas kini agar ia lebih padat lagi.Sebarang komen dan cadangan atau apa2 sahaja akan saya terima dan akan menambah baikkan blog saya ini dari masa ke semasa. Sila beri tunjuk ajar...

Pembuka Bicara

Bilangan pelawat halaman KSF?

Bilangan Pengunjung Kelab Saharan

Wajib Klik plsss

Penubuhan Kelab Saharan's Family

Foto saya
07 Februari 2008 Kelab Saharan telah di ilhamkan dan telah direalisasikan oleh En Azman & En Azmi dan sebulat suara anak-anak SAHARAN menyetujuinya. Termasuk menantu, cucu, cicit dan sahabat handai yang rapat dengan family SAHARAN.Blog KELAB SAHARAN'S FAMILY telah diilhamkan oleh Mak Tam (Pn. Norhasnita)dan secara rasminya diblogkan pada 09 June 2010. Editor keseluruhan 110% oleh Puan Norhasnita isteri kepada En Azmi sendiri.Kelab ini juga ditubuhkan bagi memperingati terutama ARWAH AYAH SAHARAN & MAK RODIAH dan lain-lain yang bersangkut paut dgn SAHARAN. Kelab Saharan bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim antara adik beradik, menantu,cucu cicit dan sanak saudara. Tolong menolong bantu membantu jika ada masalah dan dalam kesusahan. Susah, senang kita bersama. Semoga Allah memberkati apa jua yang kita semua lakukan aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Day KSF

Daisypath Vacation tickers

My Slideshow

Balik Kampung Bergotong-royong Kelab Saharan's Family Slideshow: Sis’s trip from Kuala Kangsar, Perak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Perak slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.