Sis nak kongsi info jom baca hingga habis orait!!!
TENGOK TV LEBIH 4 JAM BOLEH PENDEK UMUR...!?
Just nak share ngan korang satu artikel yang aku bace dalam akhbar utusan tadi...biase la sains dan kehidupan memang tak dapat nak dipisahkan...
SYDNEY 12 Jan. - Kajian oleh pakar dari Australia mendapati mereka yang menonton tv lebih 4 jam sehari berisiko tinggi untuk mati cepat.
Kajian Jurnal Persatuan Pencinta Jantung Amerika itu mendapati televisyen juga adalah penyebab masalah jantung. Seorang penyelidik, David Dunstan berkata, mereka yang menonton lebih 4 jam adalah 46 peratus lebih berisiko mati awal berbanding yang menontonnya kurang dari 2 jam sehari.
"Mereka adalah 80 peratus lebih berisiko menghadapi masalah sistem pembuluh darah. Dengan hanya duduk beberapa jam tanpa henti menyebabkan otot badan tidak berfungsi, sekali gus mengaktifkan pemprosesan gula dan lemak dalam badan," katanya--AFP