"RumahKu SyurgaKu"

"RumahKu SyurgaKu"

Nuffnang

Klip-klip

My Pren & Ahli KSF

Aktiviti Kelab Saharan

Assalammualaikum...

Banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh KELAB SAHARAN semenjak dari tahun 2008. Semenjak KELAB SAHARAN ditubuhkan. Diantara aktiviti KELAB ialah:

1. Pada setiap kali Tahun Baru Cina, Kelab akan mengadakan kenduri tahlil buat arwah-arwah  yang meninggal dunia terutama Ayah Saharan & Mak. Semua ahli kelab akan memberi sumbangan ikhlas berupa wang RM50 ke RM60 sekeluarga. Semua ahli Kelab akan pulang ke kampung dan berkumpul.

2. Pada majlis kenduri tahlil itu juga merupakan Mesyuarat Agung bagi KELAB SAHARAN.

3.  Ahli Kelab juga memberi sumbangan ikhlas derma kilat kepada ahli keluarga Kelab jika ada kematian.

4. Ahli Kelab juga memberi sumbangan ikhlas berupa hadiah perkahwinan kepada anak-anak ahli Kelab jika berkahwin.

5. Banyak aktiviti dalam perancangan.....

Di antara aktiviti2 KELAB SAHARAN pada tahun 2010

1. Pada 30 Mei 2010. Kelab ada membuat meeting penting berkenaan dengan pembayaran hasil tanah yang tertunggak. Hasil dari meeting tersebut Kelab sebulat suara mengeluarkan duit Kelab sebanyak RM188.00 bagi menjelaskan pembayaran tertunggak itu. Meeting tersebut dibuat dirumah Abang Mail di Rompin Pahang bersempena anak perempuan ke 2 nya berkahwin.

2. Kelab kebiasanya akan konvoi pergi kesatu-satu tempat untuk acara perkahwinan, kematian, majlis hari jadi, kenduri kendara dan lain-lain. Kami akan berkumpul disatu2 tempat untuk berkumpul dan bergerak bersama2.

3. Ahli Kelab juga akan memberi sumbangan ikhlas derma kilat sekiranya ada kematian ahli Kelab atau saudara mara.
              Contoh:  Pada 20.03.10 seorang dari ahli Kelab iaitu En Abdul Kader telah kembali    kerahmatullah dan Ahli Kelab telah mengumpul sedikit sumbangan berupa wang untuk diberikan kepada isteri beliau Pn. Asmah.

4. Ahli Kelab juga mengumpul duit sumbangan ikhlas untuk membeli hadiah perkahwinan sekiranya ada ahli Kelab berkahwin dan juga untuk anak2 ahli Kelab berkahwin.
      Tahun 2010 - 1 org anak ahli Kelab berkahwin - hadiah

5. Pada 12.06.10 di adakan meeting kecil berkaitan baju kelab dan perbincangan perancangan aktivit FAMILY DAY KELAB SAHARAN FAMILYS. Setelah perbincangan dibuat Kelab telah memilih baju Kelab berwarna kuning+hitam dan tarikh untuk Family Days ialah pada 02.05.2011 tahun hadapan. Semua ahli Kelab bersetuju Familys Day akan dibuat dkampung halaman iaitu Kampung Senawar berhadapan rumah.









Selamat Datang Ke Blog Kelab Saharan's Family

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Selaku pengasas blog ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengungjungi blog ini. Blog ini sedang dikemas kini agar ia lebih padat lagi.Sebarang komen dan cadangan atau apa2 sahaja akan saya terima dan akan menambah baikkan blog saya ini dari masa ke semasa. Sila beri tunjuk ajar...

Pembuka Bicara

Bilangan pelawat halaman KSF?

Bilangan Pengunjung Kelab Saharan

Wajib Klik plsss

Penubuhan Kelab Saharan's Family

Foto saya
07 Februari 2008 Kelab Saharan telah di ilhamkan dan telah direalisasikan oleh En Azman & En Azmi dan sebulat suara anak-anak SAHARAN menyetujuinya. Termasuk menantu, cucu, cicit dan sahabat handai yang rapat dengan family SAHARAN.Blog KELAB SAHARAN'S FAMILY telah diilhamkan oleh Mak Tam (Pn. Norhasnita)dan secara rasminya diblogkan pada 09 June 2010. Editor keseluruhan 110% oleh Puan Norhasnita isteri kepada En Azmi sendiri.Kelab ini juga ditubuhkan bagi memperingati terutama ARWAH AYAH SAHARAN & MAK RODIAH dan lain-lain yang bersangkut paut dgn SAHARAN. Kelab Saharan bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim antara adik beradik, menantu,cucu cicit dan sanak saudara. Tolong menolong bantu membantu jika ada masalah dan dalam kesusahan. Susah, senang kita bersama. Semoga Allah memberkati apa jua yang kita semua lakukan aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Day KSF

Daisypath Vacation tickers

My Slideshow

Balik Kampung Bergotong-royong Kelab Saharan's Family Slideshow: Sis’s trip from Kuala Kangsar, Perak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Perak slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.