Pada 12.10.2011 jam 8.00 pagi Sis dan hubby Sis dah ada kat pendaftaran wad untuk buat endoscopy (ckp org melayu masuk kamera dalm perut). Dah dua tiga hari Sis tak leh nak lelapkan mata ni asyik terbayangkan endoscopy je. Takut badan je beso tapi penakut. Maklum le masuk wayar kat dalam perut berlengkor2 dalm perut macam ada elien dlm perut mcm tu.. Eeeee...takutnya.
Akhirnya Sis dah sampai wad day care Sis disuruh tukar baju dan ada tempat khas untuk menunggu. Ramai jugak orang dtg utk buat endoscopy tu...
Doc kata Sis ada batu dalam hempedu tu psl perut Sis sakit sangat, dan jugak Sis mempunyai gastrik yang sgt teruk dah so dorg setuju srh Sis buat endoscopy dulu...so...tunggu hasil ujian tu nanti kebenarannya apa.
Ni sebenar bekas bubur nasi dan bekas cawan air milo panas Sis selepas wat endoscopy...habis licin Sis makan lapo posa le katakan. Nak buat endoscopy tu kena posa baru leh buat endoscopy...
Ni muka Sis yang pucat lesi menunggu giliran utk diendoscopykan. Seram sejuk badan masa menunggu tu...debaran terasa...macam nak g ujibakat AF je..
Ni sapa lagi klu tak my lovely my bucuk hubby yang setia menanti dan menunggu menemani diri Sis dikala sakit dan tak sakit.. I Love U so much. Terima kasih yg tak terhingga kerana sanggup menunggu hingga akhir buat endoscopy tu. Hubby Sis sebenarnya baru je habis kerja malam (shif malam) terus balik bawak Sis g hospital. Sian dier.
Suasana tempat menunggu giliran untuk diendoscopykan. Amat2 selesa dan mempunyai staf nurse yang baik2 belaka. Layanan amat mesra sekali. Terima Kasih byk2...
Tangkp pic sendiri untuk menghilangkan rasa gementar...hehehehe....
Siap pegang perut lagi takut kena digerudi nanti hehehe...posing tetap posing...
Ni nombor kerusi Sis duduk untuk menunggu giliran ...
Senyuman yang amat manis buat Sis. Terhibur rasanya dan rasa safety bcoz my hubby ada kat sisi Sis. Love u...
Tenang dan damai je wad day care ni. Wad ni wad untuk kes yang tak berat sangat agaknya. Lepas buat endoscopy ke atau kimoterapi seharian je dah leh keluar dah.
So nilah tempat Sis duduk menunggu penuh debaran untuk buat ujian tu...
Muka dah mengantuk tunggu lama hampir 4 jam 30 minit menunggu hasil ujian. Memang lama menunggu dah naik boring dah...mintak2 tak der apa2 yang serius amin.
Sempat ambil pic kenangan masuk wad day care setengah hari.
Akhirnya terkulai layu ZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...my hubby ketiduran sian dier mujur tak kuar air liur basi hehehe jgn mare ek..
Tu pic kawan sebelah yg jugak buat endoscopy. Yg dipegang tu bby dia Hanah Amani cute sgt gebu (sory klu silap nama ek) Bby amanilah yang buat Sis kurang gementar masa nak buat endoscopy tu tq bby.
Akhirnya Sis disahkan mempunyai gastrik yg agak2 teruk doc syorkan Sis kena makan ikut waktu siap srh set dlm hpon tu, tidak boleh ambil makanan yg pedas, makanan yg mempunyai minyak yg banyak. Ditegah tau diharamkan makan makanan yang masam. Endoscopy ni dbuat untuk melihat usus dan dalaman perut Sis. Memang ada maslah tu dah sah. So hbs satu bab so tinggal bab (batu dalam hempedu plk) Sis ingat endoscopy ni dibuat untuk tgk hempedu rupa2nya bukan. Batu dalam hempedu hanya boleh dibuat hanya melalui ultrasound USG HBS. So Sis kena buat plk USG HBS tu doc akan call bagi tarikh kemudian kerana radiologi masa tu amat bz takleh nak bagi date katanya. Dan pada 21.11.2011 jam 8.00 pagi Sis akan berjumpa dengan pakar bedah untuk diterangkan mengenai penyakit yg Sis hidapi tau untuk menanyakan keberkesanan ubat yg doc bagi Sis makan selama 6 minggu tu agaknyer le...So mohon semua doakan kesihatan Sis baik ok. Tq.