"RumahKu SyurgaKu"

"RumahKu SyurgaKu"

Nuffnang

Klip-klip

My Pren & Ahli KSF

Isnin, 7 Februari 2011

Pic2 bergotong-royong memasak 03.02.11

Mak Dak sdg tersenyum kambing hehehehe.....
                                     
Mak dan Pak Dak

Apa yang penting??? kerjasamaaaaaaaaa.....

Wah angah pun tolong jugak...

Pasti sonok jika Arwah Pak Saharan ada...


Kak Nor & Makwe

Pah We yg sporting hbssss..


Adik Farid cayalah leh masak senang Lia..


Presiden KSF dan Istri serta bby gilr PUTERI




Pak Tam tgh pikir apa tu??...jgn fikir ke lain je daah....nahassss

Pak Uda menjadi  Top Chef



Makanan kegemaran Arwah Ayah Saharan "masak memba"


Penolong Top Chef....





Apa plk dibincangkan kaum ibu ni...


Minit Mesyuarat Agung Dwitahunan

MINIT MESYUARAT KELAB SAHARAN’S FAMILY
 BIL. 01/2011

Tarikh              :            03- 04 Feb 2011

Masa                :            11.30 mlm – 12.45 pagi

Tempat            :            Di rumah Ayah Saharan Kg Senawar

 HADIR

1.              En Azman Saharan & Isteri                                                                                       Pengerusi
2.             Pn Salasiah
3.             En Azlan & Isteri
4.             Pn Fatimah & Suami
5.             En Azmi & Isteri
6.             Pn Zaleha Saharan
7.             Pn Mona & Suami
8.             En Farid & Isteri
9.             Mohd Rizal & Isteri
10.            Mohd Nazib & Isteri
11.             Pn. Habibah & Suami
12.            Pn Salmi & Suami
13.            En Anuar Sahadat & Isteri
14.            Pn Asmah
15.            Pn. Rahmah (Emak)
16.            Pn. Aminah & Suami (ahli baru)
  
TIDAK HADIR DENGAN MAAF

1.              Pn. Saridatul Nur & Suami
2.             Pn. Atun & Suami
3.             En. Idrus & Isteri
4.             Pn. Zura & Suami
5.             En. Ismail & Isteri

I.                UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua keluarga kerana sudi hadir ke mesyuarat pertama pada tahun ini. Dan juga bersyukur kerana ahli KSF dapat menyempurnakan acara pertama aktiviti wajib KSF iaitu Kenduri Tahlil buat arwah ayah dan mak serta juga arwah Yeop Bedul. Seperti yang dirancangkan. Amin.

II.             AGENDA:

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU :
Disahkan oleh Pngerusi dan En Azlan Saharan

III.                 PERKARA BERBANGKIT:

-          Pada tahun 2011 yuran keahlian ialah RM20.00

1.         MEMBINCANGKAN KEMASUKAN AHLI BARU & PENGAKTIFAN SEMULA

a.        Puan Aminah dan suami telah mendaftarkan menjadi ahli baru di dalam KSF pada 04.02.11
b.        En Rizal telah mengaktifkan semula keahliannya KSF pada 04.02.11
c.        Pn Zaleha telah mengaktifkan semula keahliannya  KSF pada 04.02.11

2.       BAJU KELAB SAHARAN

a. KSF telah bersetuju warna baju KELAB ialah berwarna kuning dan tulisan di baju berwarna hitam harga baju tersebut anggaran dalam RM25.00 sehelai. (baju cap ayam)

b. Baju untuk PENAUNG (istimewa)


3.       MEMBINCANGKAN TARIKH & AKTIVITI FAMILY DAY 2011

a. Minit mesyuarat yang lalu membincangkan Family Day diadakan pada 01 Mei 2011 (bersamaan Hari Buruh tetapi ditukarkan pada tarikh yang lain kerana tarikh itu jatuh pada hari Jumaat) telah dibatalkan kerana tarikh tersebut tidak bersesuaian dan ada masalah yang tidak dapat dielakkan. (semua KSF bersetuju tarikh ditukarkan)

b. Tarikh baru yang di cadangkan oleh Pn. Syarifah Fadilah ialah pada 17/9/2011. Pada mulanya semua ahli KSF bersetuju, setelah dikaji dgn teliti tarikh tersebut adalah selepas 2 minggu kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri dan kita semua baru sahaja balik dari kampung beraya. Maka ahli KSF minta tarikh itu ditukarkan atau ditunda ke tarikh  lain. Dengan itu Presiden dan Setiusaha serta biro-biro telah pun berbincang dan telah memilih tarikh-tarikh dibawah ini:

1.Hari Raya Haji iaitu pada 06 November 2011 jatuh pada hari Ahad dan cuti dibawa pada hari  Isnin 07 November 2011. (Cuti dari tarikh 05 hingga 07 Nov 2011, 3 hari) Family Day dibuat pada 06/11/11 hari Ahad.

2. Awal Muharam pada 27/11/11 hari Ahad dan cuti di bawa pada hari Isnin 28/11/11. (Cuti dari tarikh 26 hingga 28/11/11, 3 hari) Family Day dibuat pada 27/11/11 hari Ahad.

Sila buat undian/pilihan pada tarikh-tarikh di atas dengan kadar segera.

Diantara-antara Aktiviti yang akan dijalan semasa Family Day

Acara dewasa

1.         Kasut tempurung
Boling kelapa 
Mencari harta karun     
Chess
Dart          
Mencari barang tersembunyi             (Cadangan dari En Mat Nor ) terbaru

2. Belon celah kelangkang (kumpulan campur)

3. Ikat kaki (pasangan)

4. Lari dalam guni (pasangan)

5. Cari barang tersembunyi (perseorangan)

6. Cari gula-gula dalam tepung (pasangan)


Acara kanak-kanak

1.         Cari gula-gula dalam tepung (kumpulan)

2.        Isi air dalam botol (kumpulan)

3.        Kerusi muzik (perseorangan)

4.       Bawa bola pinpong dalam sudu (kumpulan)

5.       Tiup belon sampai pecah (perseorangan)

6.       Makan epal/lai (perseorangan)

7.       Mewarna dan melukis (cadangan dari Pn. Syarifah Fadilah) terbaru

Acara malam kemuncak (akhir)

Pertandingan Karaoke berpasangan acara WAJIB
(Pengadil 2 0rang ) Orang luar diperlukan (set karaoke sewa)

BBQ sponsor by En Mohd Nor

Acara bergotong-royong KSF

# Penyediaan pembungkusan hamper dan lain-lain diuruskan secara bergotong-royong ahli KSF.

# Penyediaan perkakas/tempat untuk game family day diuruskan oleh Kelab.

# Cabutan Bertuah untuk 10 org bertuah sahaja sponsor oleh KSF dan juga acara lain-lain di sponsor oleh Kelab.

Sumbangan Makanan untuk Family Day Kelab Saharan’s Family

 # Sumbangan dan tajaan ikhlas oleh En Mohd Nor berupa wang RM1000 untuk catering
       
1.          Sarapan pagi
2.        Lunch
3.        Minum petang
4.        BBQ malam
4.            HAL-HAL LAIN

                              Cadangan tambahan:

-         En Mohd Nor mencadangkan sumbangan dari ahli-ahli Kelab berupa wang/hamper/dan lain-lain dari ahli Kelab untuk Family Day. Anggaran dalam RM35.00 perfamily (telah dipersetujui oleh semua KSF pd  03/02/11) WAJIB

-         En Mohd Nor juga telah bermurah hati akan menyumbangkan RM1000 untuk menampung pembayaran catering pada FAMILY DAY nanti. (Untuk sarapan pagi, makan tengahari dan BBQ pada malam akhir) KSF mengucapkan setinggi2 ucapan terima kasih kepada En Mohd Nor di atas sumbangan beliau.

-         En Azlan mencadangkan memberi hadiah bagi bayi yang baru dilahirkan.

-         Pn Zura mencadangkan membuat banner Family Day .(semua ahli kelab bersetuju)

-         Pn. Norhasnita mencadangkan menyewa khemah/payung/konopi untuk Family Day. .(tunggu pengesahan dari ahli kelab) (KSF telah bersetuju pd 03/2/11)

-         Pn. Norhasnita mencadangkan KSF memberi duit raya kepada anak-anak ahli Kelab RM5 setiap seorang. .(tunggu pengesahan dari ahli kelab)

-         Pn Norhasnita  telah membuat sebuah blog untuk KSF iaitu http://kelabsaharanfamilys.blogspot.com semua aktiviti dan berita terkini KSF boleh di lihat di blog tersebut. Pengerusi dan ahli KSF telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Norhasnita atau juga dikenali dikalangan anak buah MAKTAM kerana blog tersebut.

-         En. Azmi telah mencadangkan supaya KSF menyambut hari lahir ahli-ahli atau memberi kad hari lahir kepada ahli-ahli. Dan juga menyambut hari lahir anak-anak  dibuat serentak dan disambut pada tiap kali KSF membuat Family Day.

-         Mak Rahmah cadangkan supaya KSF membeli perkakas kenduri iaitu tray lauk pauk, dapur bunga 2 dan plus nasi 1. (tunggu pengesahan KSF)

-         Pn. Salasiah dan Pn. Fatimah cadangkan supaya dibuatkan cop untuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari KSF. Resit pembayaran. Diserahkan kepada En. Mohd Nor untuk menguruskannya

-         En. Mohd Nor cadangkan untuk Family Day KSF kena ambil insurans berkelompok. (tunggu pengesahan Pengerusi dan Bendahari)

5. LAPORAN KEWANGAN

Jumlah kesemua yuran keahlian pada Jan hingga Dis 2010 ialah RM1500.00

Yuran keahlian yang telah berbayar sehingga Dis 2010 ialah sebanyak RM1000.00
Tunggakan bagi tahun 2010 yang masih belum berbayar ialah sebanyak RM500.00
Setelah ditolak seperti didlm minit mesyuarat yang lalu sebanyak RM308.00

Nama-nama ahli KSF yang belum membuat pembayaran
Yuran Keahlian RM10 bagi tahun 2010

1. Puan Zaleha                   RM100
2. En Idrus                              RM70
3. Puan Asmah                   RM100
4. Puan Mona                      RM50
5. Puan Sari                         RM80
6. En Farid                              RM100                   Jumlah RM500.00

Sila jelaskan secepat mungkin bagi melancarkan akaun KSF. Terima kasih.

Nota: En Anuar membyr duit lori khemah sebanyak RM50.00 tolak duit yuran keahlian 2010
           RM308+RM50 = RM358.00

 Jumlah yuran keahlian di dalam simpanan Bendahari KSF ialah sebanyak RM642.00 pada tahun 2010

Yuran Keahlian KSF telah dinaikkan sebanyak RM20 setiap bulan mulai bulan Jan 2011

Nama-nama ahli KSF yang sudah membuat pembayaran pada 04.02.2011

1. En Anuar                    Jan-Feb 2011                  RM40
2. En Farid                    Jan                                RM20
3. En Azman                  Jan-Feb                         RM40
4. En Azmi                    Jan                                RM20
5. Pn. Fatimah              Jan-April                        RM80
6. Pn. Habibah              Jan                               RM20
7. En Azlan                   Jan                               RM20
8. Pn. Salmi                 Jan                               RM20    

Jumlah RM260.00

1. Pembayaran duit hasil tanah RM44.00 bagi tahun 2011 diserahkan kepada En Anuar untuk  diuruskan. (Duit Kelab) 04.02.11

2. Sumbangan pembayaran bil elektrik dan bil air drpd KSF diserahkan kepada EMAK  sebanyak RM60.00 (Duit Kelab) 04.02.11

3. Beli lampu panjang RM17.00

4. Beli gas RM27.00

Jumlah simpanan yuran keahlian ialah sebanyak RM112.00 2011

Jumlah adalah sebanyak RM754.00 bagi tahun 2010 dan kutipan bagi tahun 2011.


IV.                PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 malam. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat.

Disediakan oleh : 
(Norhasnita Hussin) Setiausaha KSF

Disahkan oleh:
(En Azman Saharan)Presiden Kelab Saharan

    s.k
   Semua ahli Kelab Saharan
   Fail Kelab Saharan
   Pengerusi




Selamat Datang Ke Blog Kelab Saharan's Family

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Selaku pengasas blog ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengungjungi blog ini. Blog ini sedang dikemas kini agar ia lebih padat lagi.Sebarang komen dan cadangan atau apa2 sahaja akan saya terima dan akan menambah baikkan blog saya ini dari masa ke semasa. Sila beri tunjuk ajar...

Pembuka Bicara

Bilangan pelawat halaman KSF?

Bilangan Pengunjung Kelab Saharan

Wajib Klik plsss

Penubuhan Kelab Saharan's Family

Foto saya
07 Februari 2008 Kelab Saharan telah di ilhamkan dan telah direalisasikan oleh En Azman & En Azmi dan sebulat suara anak-anak SAHARAN menyetujuinya. Termasuk menantu, cucu, cicit dan sahabat handai yang rapat dengan family SAHARAN.Blog KELAB SAHARAN'S FAMILY telah diilhamkan oleh Mak Tam (Pn. Norhasnita)dan secara rasminya diblogkan pada 09 June 2010. Editor keseluruhan 110% oleh Puan Norhasnita isteri kepada En Azmi sendiri.Kelab ini juga ditubuhkan bagi memperingati terutama ARWAH AYAH SAHARAN & MAK RODIAH dan lain-lain yang bersangkut paut dgn SAHARAN. Kelab Saharan bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim antara adik beradik, menantu,cucu cicit dan sanak saudara. Tolong menolong bantu membantu jika ada masalah dan dalam kesusahan. Susah, senang kita bersama. Semoga Allah memberkati apa jua yang kita semua lakukan aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Day KSF

Daisypath Vacation tickers

My Slideshow

Balik Kampung Bergotong-royong Kelab Saharan's Family Slideshow: Sis’s trip from Kuala Kangsar, Perak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Perak slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.