"RumahKu SyurgaKu"

"RumahKu SyurgaKu"

Nuffnang

Klip-klip

My Pren & Ahli KSF

Selasa, 31 Mei 2011

Info Di antara Zikir2 Harian

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Zikir Harian

Sis tertarik untuk berkongsi bersama ahli KSF dan pengunjung setia blog Sis ni,apabila mak Sis pergi di satu kenduri ni(tak pasti kat mana,dalam tahun lepas) mak Sis mendapat buku kecil sebesar tapak tangan yang mengandungi zikir harian. dan 99 Nama Allah yang mempunyai maksud dan manfaat di sebalik zikir Asma ul-Husna.

Contoh zikir harian dan dibaca sebanyak 1000kali sehari

Hari Isnin,

Laa haula waala quwaata illa billaahilaliyil Azim

bermaksud- "tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung"

Hari Selasa,

Allahumma shalli'ala ali sayyidinaa Muhammad wa ala ali sayidina Muhammad

bermaksud- "Ya Allah limpahkan selawat dan rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarganya."

Hari Rabu,
Astaghfirullaaahal'azim
bermaksud-"Saya mohon ampunan Allah yang Maha Agung"

Hari Khamis,
Subhaanallaahil Azhimi
bermaksud-"Maha Suci Allah yang Agung"

Hari Jumaat,
Yaa Allah
bermaksud-"Yaa Allah"

Hari Sabtu,
Laa illaaha illallah
bermaksud-"Tiada Tuhan selain Allah"

Hari Ahad,
Yaa Hayyu Yaa Qoyyum
bermaksud-"Wahai zat yang  maha hidup dan maha Memelihara ciptaanNya.

Dah habis zikir harian, buku kecik ni dilengkapkan dengan 99 Nama Allah serta manfaat membaca zikir Asma ul-Husna.

Saya ambik contoh,(secara rawak)dengan menyebut,

Yaa Rahman(Maha Pemurah)
500x selepas solat lima waktu,menjadikan kita kasih sayang, hati terang dan tidak pelupa.

Yaa Karim(Maha Memberi)
280x menjelang tidur,InsyaAllah akan mendapat kehormatan dan kemuliaan dalam hidup

Yaa Mujib(Maha Mengabulkan)
55x tiap subuh,InsyaAllah akan terkabul segala permohonan kita.

Yaa Salam(Maha Sejahtera)
136x setiap hari penyakit yang kita derita akan sembuh, dan boleh dibacakan pada orang yang sakit.

 
ilmu bermanfaat dikongsikan bersama.insyaallah.



 

Selamat Datang Ke Blog Kelab Saharan's Family

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Selaku pengasas blog ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengungjungi blog ini. Blog ini sedang dikemas kini agar ia lebih padat lagi.Sebarang komen dan cadangan atau apa2 sahaja akan saya terima dan akan menambah baikkan blog saya ini dari masa ke semasa. Sila beri tunjuk ajar...

Pembuka Bicara

Bilangan pelawat halaman KSF?

Bilangan Pengunjung Kelab Saharan

Wajib Klik plsss

Penubuhan Kelab Saharan's Family

Foto saya
07 Februari 2008 Kelab Saharan telah di ilhamkan dan telah direalisasikan oleh En Azman & En Azmi dan sebulat suara anak-anak SAHARAN menyetujuinya. Termasuk menantu, cucu, cicit dan sahabat handai yang rapat dengan family SAHARAN.Blog KELAB SAHARAN'S FAMILY telah diilhamkan oleh Mak Tam (Pn. Norhasnita)dan secara rasminya diblogkan pada 09 June 2010. Editor keseluruhan 110% oleh Puan Norhasnita isteri kepada En Azmi sendiri.Kelab ini juga ditubuhkan bagi memperingati terutama ARWAH AYAH SAHARAN & MAK RODIAH dan lain-lain yang bersangkut paut dgn SAHARAN. Kelab Saharan bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim antara adik beradik, menantu,cucu cicit dan sanak saudara. Tolong menolong bantu membantu jika ada masalah dan dalam kesusahan. Susah, senang kita bersama. Semoga Allah memberkati apa jua yang kita semua lakukan aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Day KSF

Daisypath Vacation tickers

My Slideshow

Balik Kampung Bergotong-royong Kelab Saharan's Family Slideshow: Sis’s trip from Kuala Kangsar, Perak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Perak slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.