"RumahKu SyurgaKu"

"RumahKu SyurgaKu"

Nuffnang

Klip-klip

My Pren & Ahli KSF

Selasa, 11 Oktober 2011

Hiburan Semata-mata

Sis sajer nak berhibur tambah 
gosip2 panas masa kini...so layan je ek..

Eksklusif : Fida & Mamat Putus Cinta.

Dikemaskini oleh pada October 7th, 2011
Celebriti & E-News 64 Respon


Ketika dihubungi OHBULAN! sebentar tadi, Fida yang sebelum ini dicemari dengan kontroversi baru-baru ini telah menjelaskan persoalan mengenai status hubungan mereka yang bermain di fikiran para peminat dan pihak media. Kontroversi ini bermula apabila Mamat secara tidak sengaja memuatnaik gambar Fida yang tidak bertudung di laman facebook.
Ditanya jika keputusan ini dibuat atas sebab gambar yang tersebar atau ada isu lain, Fida menjawab,
“Ya, memang isu gambar tersebut adalah antara faktor utama Fida ingin berpisah, tapi ada juga faktor lain yang harus diambil kira. Sebagai seorang manusia, setiap orang pasti akan melakukan kesilapan. Biarlah Fida tumpukan perhatian kepada keluarga dan karier terlebih dahulu.”
Fida menambah lagi bahawa keputusan ini dibuat tanpa pengetahuan Mamat dan berharap agar Mamat boleh memahaminya.
“Kami bukanlah pasangan suami isteri dan saya buat keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Lagipun kami berdua masih mentah lagi dalam bidang hiburan. Karier kami masih jauh lagi. Fida harap, Mamat faham dengan keputusan Fida.
“Sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan tidak terkawal, lebih baik Fida putuskan sendiri hubungan ini.” ujar Fida kepada wartawan OHBULAN!.
“Fida berharap, satu hari nanti jika kami ditakdirkan bekerjasama untuk filem atau drama, kami berdua boleh bekerja secara profesional dan tidak melibatkan masalah peribadi,” ujar Fida mengakhiri perbualan.

Isnin, 10 Oktober 2011

Mungkin Family Day KSF Ditundakan!!!





Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Makluman penting nak bagitau ni kemungkinan besar Family Day KSF akan ditundakan ke tarikh lain kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Tetapi belum confirm lagi. Ini telah diberitahu oleh Presiden KSF sendiri.Kemungkinan besar Family Day KSF akan diadakan pada cuti Raya Cina nanti bersamaan kenduri tahlil arwah ayah dan mak. Belum diputuskan lagi harap maklum. Jika ada sebarang persoalan dan masalah sila hubungi Presiden KSF dengan kadar segera.

Setiausaha KSF

Isnin, 3 Oktober 2011

Lama Tak Edit KSF

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Lama betui Sis tak edit blog hanya bukak dan tutup balik. Maaf byk2 ya kepada peminat setia KSF. Sis tak baper sihat dan Sis jugak bz dgn keje Sis. Oklah sekrang Sis akan luangkan selama 30 minit setiap hari utk edit blog ok insyaallah jika dipanjangkan umur. Ada banyak benda Sis nak sembang dgn KSF dan banyak nak diborakkan tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu....

Isnin, 12 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

aSSalamMUAlaikummmmm..

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Wah sonok sakan semua menyambut Hari Raya yang lepas. Sis thn ni menymbt lebaran di rumah mentua di Kg Senawar Chandan Perak. Sonok tak terkira dpt berhimpun dgn ipor duai, biras dan sanak saudara. kebiasaannya Sis akan memnymbut lebaran pertama di rumah mak sis krn dia sorg jer(ayah dh tiada) anak tunggal. Tapi thn ni mujur Mak sedara Sis balik beraya dikg dgn mak. Dptle hubby sis menymbut lebaran pertama dgn family dia. Setiap thn dia berkorban utk sis tpi thn ni dpt sis bls pengorbanan dia aminnn..

So cmner persiapan dan menymbut lebaran kali ni? meriah ke? duit raya cmner?..
Sis dh kering la ni tunggu gaji je hehehehe...
Ada sesiapa buat open house jgn lupa jemput Sis hehehe..

Nak citer sikit ni..time raya ari2 KSF ada buat meeting kecil mengenai Family Day KSF
ditetapkan pada 27/11/2011 (Ahad)
bukan 26/11/2011 (Sabtu)
Wajib berhimpun di kg pada 25/11/2011 (Jumaat) utk persiapan terakhir Family Day.
Yuran waJIB dibyr kesemuanya pada bln 9 akhir bulan dipohon dirayu lagi bagi melancarkan program yg telah kita plan selama 2 thn..letih sis tau sian..harap maklum...
apa2 sila call sis or presiden KSF..

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN"

Selamat Datang Ke Blog Kelab Saharan's Family

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Selaku pengasas blog ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengungjungi blog ini. Blog ini sedang dikemas kini agar ia lebih padat lagi.Sebarang komen dan cadangan atau apa2 sahaja akan saya terima dan akan menambah baikkan blog saya ini dari masa ke semasa. Sila beri tunjuk ajar...

Pembuka Bicara

Bilangan pelawat halaman KSF?

Bilangan Pengunjung Kelab Saharan

Wajib Klik plsss

Penubuhan Kelab Saharan's Family

Foto saya
07 Februari 2008 Kelab Saharan telah di ilhamkan dan telah direalisasikan oleh En Azman & En Azmi dan sebulat suara anak-anak SAHARAN menyetujuinya. Termasuk menantu, cucu, cicit dan sahabat handai yang rapat dengan family SAHARAN.Blog KELAB SAHARAN'S FAMILY telah diilhamkan oleh Mak Tam (Pn. Norhasnita)dan secara rasminya diblogkan pada 09 June 2010. Editor keseluruhan 110% oleh Puan Norhasnita isteri kepada En Azmi sendiri.Kelab ini juga ditubuhkan bagi memperingati terutama ARWAH AYAH SAHARAN & MAK RODIAH dan lain-lain yang bersangkut paut dgn SAHARAN. Kelab Saharan bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim antara adik beradik, menantu,cucu cicit dan sanak saudara. Tolong menolong bantu membantu jika ada masalah dan dalam kesusahan. Susah, senang kita bersama. Semoga Allah memberkati apa jua yang kita semua lakukan aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Day KSF

Daisypath Vacation tickers

My Slideshow

Balik Kampung Bergotong-royong Kelab Saharan's Family Slideshow: Sis’s trip from Kuala Kangsar, Perak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Perak slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.