"RumahKu SyurgaKu"

"RumahKu SyurgaKu"

Nuffnang

Klip-klip

My Pren & Ahli KSF

Rabu, 18 Mei 2011

Nak Share Citer Jer...

Minum air dari tangki bermayat,,eeeeyekkkk!

SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.
Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.
Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.
Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.
"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.
Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya. 
Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.
Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang Ke Blog Kelab Saharan's Family

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Selaku pengasas blog ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengungjungi blog ini. Blog ini sedang dikemas kini agar ia lebih padat lagi.Sebarang komen dan cadangan atau apa2 sahaja akan saya terima dan akan menambah baikkan blog saya ini dari masa ke semasa. Sila beri tunjuk ajar...

Pembuka Bicara

Bilangan pelawat halaman KSF?

Bilangan Pengunjung Kelab Saharan

Wajib Klik plsss

Penubuhan Kelab Saharan's Family

Foto saya
07 Februari 2008 Kelab Saharan telah di ilhamkan dan telah direalisasikan oleh En Azman & En Azmi dan sebulat suara anak-anak SAHARAN menyetujuinya. Termasuk menantu, cucu, cicit dan sahabat handai yang rapat dengan family SAHARAN.Blog KELAB SAHARAN'S FAMILY telah diilhamkan oleh Mak Tam (Pn. Norhasnita)dan secara rasminya diblogkan pada 09 June 2010. Editor keseluruhan 110% oleh Puan Norhasnita isteri kepada En Azmi sendiri.Kelab ini juga ditubuhkan bagi memperingati terutama ARWAH AYAH SAHARAN & MAK RODIAH dan lain-lain yang bersangkut paut dgn SAHARAN. Kelab Saharan bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim antara adik beradik, menantu,cucu cicit dan sanak saudara. Tolong menolong bantu membantu jika ada masalah dan dalam kesusahan. Susah, senang kita bersama. Semoga Allah memberkati apa jua yang kita semua lakukan aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Day KSF

Daisypath Vacation tickers

My Slideshow

Balik Kampung Bergotong-royong Kelab Saharan's Family Slideshow: Sis’s trip from Kuala Kangsar, Perak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Perak slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.