Selebriti Mengamuk Kereta Dihalang Selepas Solat Jumaat.
Laser tak kena tempat, makin tua makin hilang adab gamaknya. Tanpa perlu disebut nama sekalipun, sudah ramai yang dapat mengagak siapakah selebriti yang kami maksudkan.
Apabila agama menuntut kita melakukan ibadah wajib, ia seharusnya disertakan dengan prinsip-prinsip moral yang lain. Yang wajib dilakukan tu, baguslah. Tapi, apabila ia dicemari dengan kata-kata kesat, maka anda fikirkan sendiri ye.Al-kisahnya, selebriti ini dengan lantangnya memaki hamun di ruangan Twitternya sekembalinya dia daripada menunaikan solat Jumaat. Kesnya mudah, kereta dihalang. Penting sangat ke, atau terjejas ke ekonomi negara hanya kerana kereta selebriti itu dihalang? We doubt that.
Kelantangan selebriti itu telah ditegur oleh segelintir ‘peminatnya’, namun di-laser semula tanpa mengira perasaan dan isi hati ‘mangsa’ tersebut.
Kata selebriti itu, niatnya hanya untuk menegur si pemilik kereta. Tapi, tegurannya itu boleh kami sifatkan sebagai sangat kurang ajar. Adakah selebriti itu lupa bahawa si pemilik kereta itu adalah seorang manusia yang turut menunaikan solat jumaat? Sabar kan separuh daripada iman.
Teringat pula salah satu dialog dalam filem ‘The Social Network. “You‘re not an asshole, Mark. You‘re just trying so hard to be one.” Foto sekadar hiasan epik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan